Tuesday, 19 January 2016

365 Tip Didik Anak Gaya Nabi - Ustazah Isfadiah

365 Tip Didik Anak Gaya Nabi - Ustazah Isfadiah | "Keistimewaan Buku Ini: Dalil daripada Al-Quran, hadith, dan pendapat ulama. Bertemakan '1 hari 1 tip', disertakan 365 Tip Jom Amal legkap sebagai bimbingan ibu bapa untuk setahun. Setiap topik dinyatakan kelebihan dan tujuan pelaksanaannya. Contoh cadangan aktiviti yang boleh dilakukan oleh ibu bapa bersama anak-anak."


365 Tip Didik Anak Gaya Nabi - Ustazah Isfadiah

Buku 365 Tip Didik Anak Gaya Nabi ini dicetak dengan penuh berwarna warni dan mengandungi 3 bahagian. Kesemua 3 bahagian ini meneliti pelbagai topik didikan anak-anak yang di bahagikan pula kepada 140 dan terdiri 365 tip. Buku ini bertemakan 1 hari 1 tip yang mana ia merangkumi 365 tip untuk diamalkan oleh ibu bapa dan tip-tip yang disertakan secara tidak langsung boleh memberikan idea dan kaedah yang praktikal kepada ibu bapa bagi mendidik dan membesarkan anak-anak.

Penulisan buku 365 Tip Didik Anak Gaya Nabi ini merupakan satu bimbingan yang ringkas tapi padat dengan saranan bersandarkan dalil daripada al Quran, hadis dan juga pandangan ulama. Selain itu buku ini juga amat istimewa kerana menyertakan pelbagai informasi tambahan yang menarik dan menambah maklumat kepada para pembaca. Selari dengan keadaan semasa yang mana anak-anak dewasa ini banyak terdedah kepada gajet.



365 Tip Didik Anak Gaya Nabi - Ustazah Isfadiah
Buku 365 Tip Didik Anak Gaya Nabi ini turut tampil dengan memberikan bonus bagi pembaca dengan menyenaraikan bonus 13 tip mengurus anak bermain gajet. Antaranya menyenaraikan baik dan buruk gajet, ‘do and don’ts serta banyak lagi.

Tip yang diberikan dalam buku ini secara padat dan ringkas tidak menjemukan bacaan, ia mudah untuk dipraktikkan serta dirujuk dengan adanya senarai bab yang diberikan. Bagi ibu bapa yang tercari panduan dan bimbingan bagi mendidik anak-anak, buku 365 Tip Didik Anak Gaya Nabi ini sesuai dijadikan bahan bacaan dan bimbangan.



365 Tip Didik Anak Gaya Nabi - Ustazah Isfadiah

Berminat untuk mendapatkan buku 365 Tip Didik Anak Gaya Nabi tulisan Ustazah Isfadiah ini untuk bersama-sama memanfaatkan ilmu mendidik anak? Anda boleh dapatkannya di Bookcafe 365 Tip Didik Anak Gaya Nabi - Ustazah Isfadiah.


 

No comments:

Post a Comment